Ali bin Abi
Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat
Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang
Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang
tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasullullah S.A.W bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5
waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasullullah S.A.W , 'Shalat Zuhur jika tergelincir
matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Shalat Asar itu
ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Shalat Maghrib itu adalah
saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bershalat
Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka
pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Shalat Isyak itu ialah shalat yang
dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Shalat Subuh adalah sebelum terbit
matahari. Ini karena apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk
syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W
, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakana itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang
shalat.'
Rasullullah S.A.W bersabda, 'Jagalah waktu-waktu shalat
terutama shalat yang pertengahan. Shalat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam.
Orang-orang mukmin yang mengerjakan shalat pada ketika itu akan diharamkan ke
atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah S.A.W lagi, 'Manakala shalat Asar, adalah
saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang
mengerjakan shalat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah S.A.W membaca ayat yang bermaksud,
'Jagalah waktu-waktu shalat terutama sekali shalat yang pertengahan. Shalat
Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin
yang ikhlas mengerjakan shalat Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah,
maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah S.A.W , 'Shalat Isyak (atamah). Katakan
kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang
mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan shalat Isyak
berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan
diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah S.A.W seterusnya, 'Shalat Subuh pula,
seseorang mukmin yang mengerjakan shalat Subuh selama 40 hari secara berjamaah,
diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada
Rasullullah S.A.W , maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan
itu wahai Muhammad (S.A.W ). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah
Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu ?
Sabda Rasullullah S.A.W , 'Ketika Nabi Adam memakan buah
pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam
a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s.
berlapar selama 30 hari.
Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai
kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi, 'Wahai Muhammad, memang benarlah
apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala
yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah S.A.W , 'Seorang hamba yang berpuasa
dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh
Allah SWT 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging
haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang
haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat
mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk
menyeberang Titian Sirath.
7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah S.A.W , 'Seorang nabi menggunakan doa
mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya
(untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa
annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau
utusan Allah).'
Sedikit peringatan untuk kita semua: "Dan sesungguhnya
akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah
Al-Baqarah: ayat 286)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar